Monday, December 6, 2010

tak de apa

dah nak kata.

nak ditulis.

kosong.









pergi...semua telah pergi, ku harus relakan kau pergi tinggalkan hati.biarlah kau hanya menjadi bayangan yang indah yang tak bisa kumiliki.

Tuesday, November 30, 2010

padan muka! saye

kalau dah memang asal kejadian tu lahir untuk menyakitkan hati org.....

ayat paling baik untuk saya adalah padan muke kau cikpud's!

sebab tu saya tak layak kot dengan sesiapa.sebab tu kot lebih aman kalau saya senyap.diam.sendiri. lebih aman.buat saya.buat org lain juga.tu lebih penting.

sebab tu jugak kot saya dapat duty extra.jaga adik2 tiri angkat saya yg nak pekse tu. jaga plak adik2 tiri org lain yg pekse kat sekolah lain.biar saya sibuk.biar nak makan pon tak sempat.biar nak tido pon payah.biar tak de masa nak bersosial.biar saya jadik kera sumbang.biar saya sorang2.biar saya penat.biar hati kering.biar mati. biar...padan muka saya!

saya da jadik bodo.nak bercakap tak tahu.tinggal satu yg ini pon tak boleh nak buat jugak.komplen budak buat karangan pandai.sendiri menulis pon hancusss

saya emmang bodo.DAN GILA

Tuesday, October 5, 2010

tak suka.

rasa tidak sihat.

Sunday, October 3, 2010

bukan dewa

dalam hidup saya

saya tidak pernah meninggalkan sesiapa. tapi mengapa asyik saya yg ditinggalkan? kerana saya salah?ye saya salah? tapi kamu benar2 pasti?kamu pasti mengerti sejelasnya?kamu pasti kamu tahu segalanya?kamu yakin sedang kamu tidak tahu kebenarannya?

kenapa saya?


Aku bukanlah dewa,
Tak pernah berbuat dosa,
Aku manusia sama sepertimu
seperti yang lainnya juga,

Bukan tak memahami mu
belajarlah tuk mengerti aku
jangan hanya aku yang mengerti mu
slalu menuruti apa katamu..

biar...............

andaikan ku bisa lebih adil
pada cinta kau dan dia
aku bukan nabi yang bisa sempurna
ku tak luput dari dosa

biarlah ku hidup seperti ini
takdir cinta harus begini
ada kau dan dia bukan ku yang mau
oh Tuhan tuntunlah hatiku

Friday, October 1, 2010

LOSER

i love u

i hate u

i love u

i hate u

i love when u talked to me

i love when u smile to me



i hate u

ur writing

ur silent

ur sad face


but i hate myself more

coz hurting u

Wednesday, September 29, 2010

bangunkan aku dari

.....tidur panjangku, sedarkan aku dari mimpi tentang mu

.....ku salah bila ku berharap padamu


asyik mengharapkan mimpi yang indah2,

sampai aku menafikan bahawa terlalu tinggi aku berharap pada kamu

berharap kamu memahami aku.

dan untuk itu..

aku salah.

...................................

aku sedar aku belum cukup dewasa

belum cukup berani untuk menerima

realiti.kenyataan.[eh bukan sama ke?whatever]

aku selalu takut.takut itu, ini, takut hilang kamu, takut tidur sendiri, takut mati, takut esok, takut nyamuk, takut lipas, takut marah,takut sakitkan hati org...byk yg aku takut.

aku selalu lari, bukan berlari2 anak atau berlari di taman. tapi aku lari.lari dari kenyataan.lari dari memikirkan ttg esok, tentang kenyataan.

pura2 tak ingat.tak nak fikir.sebab takut.takut nak tahu ending.

ya!aku mmg pengecut! dan kamu sila ketawakan aku.

Friday, September 17, 2010

ntah

ada yg berat.

saat kamu dtg ada yg pergi.

tapi ada juga yg datang.

ia ringan.

tapi juga berat.

ntahla....saya pon tak paham.tak paham la.

tak nak paham.

terus sy ternangis.

nasib baik mascara ni water proof.phewww!!!!

Wednesday, September 15, 2010

kamu mesti tahu rasanya



ia sudah lama.

tapi saya rasa seperti baru semalam.

saya lihat dia.memegang dia.menatap dia.merasa hembusan nafasnya.melihat kewajah nya.

tapi sebenarnya dah lama.

saya hilang dia.tidak merasakan lagi hangat nafas dia.degup jantung dia.semua dah tak saya dengar.

segalanya buat dia masih ada.tapi sudah beku tersekat sekadar dihati.kasih syg yg terpancar dr mata saya juga sudah beku.tersekat.dan mata saya sudah tidak bercahaya lagi seperti dahulu. senyum saya juga sudah tidak seindah dulu.tidak seikhlas dulu. bicara saya juga sudah dingin seperti air batu.tidak mesra dahulu.

saya nampak dia.tp tidak dapat memegangnya seperti dulu.merasakan kasih syg dia seperti dulu.

dan......

kini

saya sendiri

dgn rela hati melepas kan dia pergi.berharap dia pergi.dan berbahagia.cukup sudah.saya tidak mampu lagi menanggung derita.ia sangat sakit.sangat derita. saya tak mampu nak gambarkan.

tapi saya pasti kamu tahukan rasanya...

kamu pernah kan rasanya.....

begitu juga saya.saya juga punya hati.

titik


ps:pda hari ini tiada entri kelakar.skian

Thursday, September 2, 2010

tentangku yg tak mampu menaklukkan waktu

kalau lah

sudah tentu saya saya akan tuliskan nama kamu banyak2

dalam diari saya

dalam hati saya [eh mmg da tulis]

supaya setiap hari..

nama kamu tidak putus2 utk dijadikan salah satu agenda utk dibahagiakan setiap hari.

supaya setiap waktu nama kamu tetap ada

cuma kamu

hanya kamu.

.
.
.
.
.
eh saya berjiwa-jiwa ni

kagum dgn diri saya sendiri.

tapi nak jugak kata

setiap hari pun

saya sentiasa memikirkan kamu

memikirkan apalagi yg boleh saya lakukan supaya dapat bahagiakan kamu

supaya kamu dapat merasa istimewanya kamu dihati saya

tapi


ah mmg dasar pemalas sy ni nk tjuk yg saya syg sgt pada kamu.

sekian wabilahitaufik walhidayat,wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh

Tuesday, August 24, 2010

saya tahu kamu sentap sebab mmg saya ni spesis tak guna meninggalkan org apabila...

sedang ym atau bercakap di telipon tangan dengan kamu..

dan saya tertido.

cis betul kan saya?

takpe.takpe.cis lah.cis..saya redha!

tp sy tak berniat tahu?

saya cuma nak kata..

tu macam hobi dan habit saya.

hahah jadi kamu silalah sentap! [ampun]

eh ni betul.betul ni.cube tgk muka saya.saya tak bermaksud sedemikian.salahkan otak saya yg da tak berfungsi.sapa suruh dia sedap je tertido taim ym dan oncol dgn kamu.salahkan dia.

tapi sy cuma tinggal kamu seketika.bila sy mengantuk.bukan tinggalkan kamu utk org lain. tapi sy akan tinggalkan kamu suatu hari nanti SELAMANYA bila DIA mahu kan sy kembali.sy milik DIA secara hakiki.milik kamu secara kontrak.

****************************************************************************

tak tahu harus menulis lagi atau tidak.

Monday, August 23, 2010

kalau nanti saya...

tak ada.

kamu jaga diri baik2

kamu igtla sy sentiasa syg dan cintakan kamu dgn banyak sekali

kamu jgn lupakan tuhan

kamu rasalah saya sentiasa ada disisi kamu [eh bukan sebagai hantu kuntilanak eah]

saya sentiasa menemani kamu kemana sahaja [juga bukan mcm toyol kat kaki tuan dia]

kamu igt saya bila makan ikan asam pedas [sempat kan?]

kamu maafkan segala kesalahan saya

dan...

dan...

dan...

kamu belikan sy honda jazz.takpelah kalo kamui sendiri yg pakai pon.

hihihihi...takde.takde.tu duniawi jek.

sy minta kamu...kalau sudi..

kamu kirim kanlah doa kepada sy. ala mmg la tatau doa kamu sampai ke tak sebab kamu bukan anak-anak [yg soleh] kepada sy pon.p doa jelah.sume tu keje tuhan.kalau sudilah.

dan...

kamu LEPASKAN LAH SAYA PERGI...dan sentias akuatkan hati ye



p/s:igt sy tak boleh wat entri series ke?kamu igt saya ni kelakar sgt ke?? hah?hah?hah?...ha..kan da sedey la tuh:)

Sunday, August 22, 2010

kemana dia pergi sampai tergamak tidak pernah memberikan sebarang tanda-tanda...

semalam sy makan mee sup,

kurma

nasik grg

karipap

hari ini saya makan

mertabak

mehun singapore

kurma

sup sayur

esok

sy nak makan ikan talapia cili

minum cincau 2 gelen

[macammasih hidup je esok kan]

tapi................................

kemana semua tu pergi.ada alien ke dalam perut saya?

eh ini series sy tak cite lagi semalam-semalamnya saya makan pe..

tapi semua ni tatau kemana.ada alien la dalam perot sy agaknya. ke hantu raya ke.

habis tu selambe je makan tanpa menyahtoksinkan benda alah ni dari badan saya.

pressure!

nk makan jamu nonah rogai la camni

Saturday, August 21, 2010

baiklah ...kalaulah sy ni....

saya akan menjadi superhero.

yg ada kepak supaya boleh bawak kamu terbang slow2

yg ada pintu ajaib supaya boleh bawak kamu kemana kamu nak [tak payah terbang]

yg ada byk bazooka,pistol, dan bom supaya org gerun dgn saya

yg boleh keluar api dr tgn supaya sy boleh fire terus terbakar hangus org yg membencikan

yg ada poket,ah tak nak la, yg ada sling beg cap bintang yg dalamnye ada mcm2 yg kamu mahu

yg ada duit juta2 dinar supaya boleh belikan kamu apa yg kamu nak.cakap jek!

tapi..

sy cuma seorang wanita [katanya] dgn ketinggian 5'8' dan lebih dr kamu [ok ni utk tujuan belagak], dan hati yg ada byk bunga2 dan lep2 kasih syg buat kamu.
kamu.kamulah!kamulah!

hahaha....rasa cam nak tampar org.anyone?


p/s: stendet ah sume kene ada ps.ps sy adalah, sila jgn terkejut.i m kambek! seprais!!!

Tuesday, May 11, 2010

bosan

igt saya ni malaikat?
saya manusia biasa.
buat salah.
belajar dari kesilapan.

tapi bila saya mengalah.dan menjaga hati kamu dengan seupaya saya semuanya serba tak kena. semuanya serba salah. sampai nak berkawan pon salah.

kalau ye pun sampai saya menipu itu adalah kerana kamu. sikap kamu.menjaga hati kamu. itu je yg saya boleh buat utk jaga hati kamu.

kalau tak cukup juga..terpulanglah.

mungkin saya kena fikir kembali. mcm kawan saya kata, saya sudah semakin tidak menjadi diri saya. kasih sayang saya ini mahal harganya.bukan sehina mana sehingga saya perlu merayu2.

saya bukan kanak2 atau remaja lagi seperti kamu. dan kamu patut hormat saya walau sedikit.

melampau...

Tuesday, May 4, 2010

aku wanita biasa

10 tahun yg lalu.
saya ada sesorang.bila dia hilang. sy juga seolah hilang.

datang seseorang. sy terima.sbgai kawan. ntah.saya tahu dia sgt sygkan sy.sy juga sygkan dia. tapi untuk terima sesorang dihati sy sangat sukar. sy sayang tapi saya tatau ada dihati atau tidak.

it takes time.

kemudian sy berjumpa dgn org lain. kawan.ye kawan.tp kerana satu cabaran bawa padah dalam hdiup sy. sy mcm hancurkan hidup org lain. hidup dia dan hidup org yg sayangkan sy. sy tak tahu kenapa. hati saya penuh dgn kesakitan. sy lakukan semua itu bila org yg 10 tahun sy syg tu berada difikiran sy.

bila saya kehilangan org tu baru sy tahu betapa dia itu ad adihati sy.

sekarang sy cuma nak dia tahu, saya cuba utk hidup yg br dgn dia. tp utk semua kesalahan sy.....

saya terima apsahaja keputusan dia....

berasa

takut.

sendiri.

tidak yakin.

loser!

Thursday, April 29, 2010

keraguan ini..

bukanlah padamu....[skali lagu abg nuar da]

keraguan yg ada tu adalah pada diri saya.

bukan hati. tapi perasaan.

macamana nak cakap ye.

pada hubungan maybe. sebab tidak ada hitam putihnya..

dan tidak tahu seberapa lamanya.

but for this moment i m just walk this life mengikut arah yang dtg..

dan apabila kamu beriringan dengan saya

rasa lebih kuat
rasa lebih tenang
rasa lebih terisi
rasa lebih menyenangkan

untuk bersama kamu walau kadangkala masih terasa nyilu dan celaru.

Tuesday, April 27, 2010

....

tipu jika saya tidak ingat...

selamat ulangtahun...buat kamu

saya cuma

mengharapkan menghabiskan waktu yang ada ini dengan baik.

memenuhi setiap masa yg tinggal ini dengan sepenuhnya.

itu sahaja.

Monday, April 26, 2010

apa salahku....

love is ..born wth the pleasure of looking at each other. it is fed wth the necessity of seeing each other, it is concluded wth the imposibility of separation!


susah nya nak faham.

nak memahami.....

sakit...

note:jadi aku slahkan kau period pain

saya belajar untuk lebih...

sopan santun

pakai tudung kerap

menjaga tingkah laku,

budi bahasa,

tutur kata...

malah pakaian juga...

tidak lagi sepanjang masa nak kuar main hentam je. dgn jeans low waist. baju yg mcm saiz adik bak kata abah. dengan rambut sikat guna jari pon boleh. dgn selipar hijau atau converse yg bewarna lusuh.

oh, semua di atas masih dipakai cuma sudah memilih tempat. semenjak saya berada dalam dunia ajar mengajar ini, semua yg diatas sekali itu yg akan saya lakukan. banyak mata anak murid dan cikgu yg memandang. nak2 untuk negeri yang tidak berapa besar mcm ni.

kadangkala nampak mcm plastik. tapi semua itu saya ambil yg positifnya untuk mendidik saya. sekurangnya saya banyak belajar sesuatu semenjak menjadi pendidik ini...

Sunday, April 25, 2010

saat saya pegang tangan kamu

saya harap kamu tahu yang saya sayang kamu,
saya harap kamu rasa kasih sayang say amengalir buat kamu,
saya harap kamu dapat dengar hati saya berkata yg saya, r****d* sangat sayangkan kamu,
ingin melihat kamu. mendengar kamu. merasai kamu.
saya berharap kamu tahu, saya mohon ampun dan maaf atas keterlanjuran bahasa saya,
saya mohon kamu mengerti untuk keceluparan saya, untuk cemburu saya,
semua kerana saya sayangkan kamu..

sangat!




i wish tu la yg org tu akan tahu, rasa dan dengar apa saya nak buat, isi hati saya, perasaan saya kepada dia apabila saya memegang tangannya

Saturday, April 24, 2010

sesungguhnya manusia pun macam sesumpah juga

cuma sesumpah bertukar kaler.

manusia bertukar-tukar perangai.

lebih teruk dari sesumpah.

hari ni lain.esok lain. kadang tu tak sempat esok. 5 minit je boleh bertukar!!!

ada org cakap ye tapi sebenarnya tak.

ada org bermati-matian cakap tak. tapi ye.

membencikan.

membosankan.

ada org siap belakon tatahu.padahal kerja dia.

aku mati-mati kene tipu.

sial

Friday, April 23, 2010

terasa bodoh

terasa bodoh kerana tidak tahu apa hendak ditulis.

memetik kata2 edry abd halim (kru),2010, "mak saya pesan, kalau tak ada apa yang baik untuk diperkatakan, lebih baik diam"

Monday, April 19, 2010

tak tahu nak digambarkan perasaan skarang bagaimana

ntahla. saya teringin juga nak rasa menjadi ibu. membesarkan zuriat saya dgn tangan saya sendiri.tapi semua tu jauh dari kenyataan.

mungkin sebab saya pernah syg dia.hidup dgn dia.

ntahlah.saya betul2 tidak tahu apa yang saya rasa.

tapi kini dia sudah ada orang baru.

walau begetar dihati saya.

saya berharap..yang baik2 untuk dia.

sedang berkira-kira

rasanya kalau dibilang, banyak buruknya dari baiknya buat saya masa ni.

keuntungan?tiada.

kebaikan. selain dari tahu berapa ramai lah kawan saya yg edu It.tu je.

lain2. main game.buang masa.

lagi...takda

lagi. sebabkan salah faham.

lagi. takde.

takde.

takde.


ok...saya akan timbang tara untuk mansuhkan semua akaun FB yg saya ada. harap maklom lah kalau tetiba hilang begitu sahaja.

Sunday, April 18, 2010

seri satu sama

jika difikir2 kan...

saya selalu rasa terbeban.

tapi mcmana ayat2 penyata klise selalu berbunyi, things come together in life. takde yg single.

bila difikir2kan, saya rasa bersalah menyakitkan.

tapi tidak boleh dinafikan, saya juga disakitkan.

kadangkala saya menipu,

tapi kadangkala saya juga ditipu.

seringkali saya membuat org lain menangis,

tapi say ajuga sering menangis kerana orang lain.

kan SERI satu sama semua tu. cuma masih ada satu yang tidak lengkap lagi...

saya TIDAK meninggalkan,

tetapi pernah ditinggalkan..

soalan trivianya...

bila yang saya mampu meninggalkan..semua yang menyakitkan, dan bawa yang gembira-gembira sahaja kedepan.

huh, saya sepatutnya menulis tentang kehidupan, sebab sudah muak menulis tetnag kesakitan, kesedihan. semua itu tidak berpenghujung selagi kita tidak dijemput pulang.

Friday, April 16, 2010

bosan

dengan manusia

yang kata tidak..tapi buat juga

yang kata sayang, tapi untuk apa

yang menyesali, tapi masih ulangi,

yang selalu bilang ada, padahal tiada

yang selalu menyalahkan, padahal sendiri salah

yang macam taiko, tapi pengecut

yang mcm charming sangat, tapi..errr.....[pk sendiri]

yang rasa hebat..padahal..._________[isi sendiri]

yang macam gud-gud, tapi cuma kata-kata je

yang perasan player, habuk pun takde

yang bajet kendu, tapi..________[isi sendir gak, tak smapai hati]

yang rasa cerdik, padahal bod*

yang kunun low profile, tapi dahagakan pujian,

yang bilang memafkan, macam kau tak bersalah je

yang bilang setia..tapi dusta

yang bilang percaya, tapi tiada

yang macam-macam...tah mana satu

yang membosankan..macam aku:] [sadis]

ah..bosan

Wednesday, April 14, 2010

semua rasa yang tertinggal

tinggal 3 minggu disini. perasaan yang bagus untuk kembali ke kampung halaman. tetapi berada disini juga adalah suatu perkara yang bagus.

merasa terik matahari disini, melihat hijau yang mendamaikan juga di disini, merasa angin amalam juga di sini. malah tadi merasa sedih juga disini.merasa suka [bergambar disebelah cikgu cantik] juga disini. sakit hati, geram, marah juga disini.
semuanya ada disini kata farawahida!

semua rasa-rasa ini akan saya bawa pergi. entah bila akan kembali disini saya pun tak tahu.


eh tiba-tiba ras amalas nak menaip. mata sangat ngantuk. bye

Tuesday, April 13, 2010

seorang yang positip

saya adalah seorang yang postip. boleh bekerja dalam kumpulan dan boleh berdikari.

macam kes rini. kerana abang besar kumpulan pendidik dan pendidikan mahu datang melawat kawasan, maka semua staf seperti saya ni boleh balik awal. tak perlu tunggu kul 2.25. abang besar bagi diskaun 2 jam sebelum tu sudah boleh balik. 2 jam tu. lama. apa yang boleh di buat dalam masa 2 jam? owh sudah pasti byk. [kalau berasmara pun boleh ulang berapa round?] isk..apa ni otak.bod* tul.tak senunuh!

ok, sebagai bukti syaa seorang yang positp, saya sentias amemberikan kerjasama-sama.boleh juga bertolak ansur dan bertindak mengikut arahan. ala...SYMP kan?

buktinya, saya ni mmg boleh memberikan kerjasama, ialah apabila diberi diskaun 2 jam awal , saya bersama-sama dalam jemaah untuk pulang mengikut waktu yang diarahkan. kan menunjukkan saya seorang yang bekerjasama. sentiasa berada dalam jemaah. bersatu padu.

eh, positip gila lah saya ni.

kemudian bila ditanya pula saya pergi ke tak perhimpunan tu, saya walau dalam hati ada ragu-ragu, tetapi muka tetap konfiden. dengan bersungguh saya menjawab, besar kemungkinan saya akan tak pergi kak!

positip kan?

eh, tah la apa saya tulis ni. merapek. saya cuma terbayang dapat bersama dgn kesayangan saya tu yg saya nak pi jemput di rini.bestnya dapat duduk atas dia. goyang2 punggung atas dia. huh nikmat!

rasa puas kalo boleh pegang dia sendiri. hurm..budak ijau, wait for me bebeh!

eh, kalau minum air coke, kemudian menghisap benda alah yang di sinonim kan sebagai anak tangga pertama menuju kemampusan [oleh bos kecik2 kat sekolah ni] pun best gak kan..cam menambah perisa kenikmatan je [terus klimaks]


dah la..arahan dah tiba, permisi duluan ya!

Monday, April 12, 2010

a long wait...

it feels like yesterday....but i still have u here in my heart....

it wasn't a long relationship that we had....but that one year was so full of tears and laughter. you had been there for us, for me.....

that day i was sleep in my room, wake up early morning just to take my first paper for my final exam. i m walking to you. to have you. but...after i saw u, u've changed.just not like before..the feeling was.. like my heart was grabbed.

suddenly i remembered, that its real.ur gone, a void you left in my heart...

and how can i forget that day....the day i waited, waited and waited....it was a long wait.almost six month to be wth u again but then they told me, and i know i should stop waiting and hoping u will come back to me like before because u changed now. everytime i drive at the place i saw u broken, i will think of the day when i waited and you'r not there....

i miss you.....Cik Ijau, you are my heart, my lung, my apapa je lah....even when you thought i had never care...so long sayang...but the tru is..i always love u, care for u...even one fine day... i will let u go forever because...


i m planning to have another YOU.soon!


but for today...i will give u a warm welcome back for second time.

hope lepas ni kamu tak payah masuk sepital lagilah..banyak da duit habis kat kau ni.isk...

[sebenarnya ni entri untuk my car...:]

Sunday, April 11, 2010

menyampaikan perasaan penuh makna

tapi tanpa kata-kata directly berbunga-bung akerana saya tidak pandai menyusun madah. series!ini series!

jadi once saya dengar lagu-lagu yang saya rasa meaningfull sy akan cuba memberitahu perasaan saya melaluinya.

semua org melakukan kesilapan. tiada yang sempurna didunia ini. tetapi jika kesilapan itu sentiasa di beritahu secara direct atau indirect pasti kit aakan rasa terusik2 dijiwa. bergetar2.

bila kita bercakap tentang setia..pasti kita akan menganggap diri kita yang paling setia sehingga terlupa tentang org lain.

bial berbicara soal hati pasti kita rasa hati kita sering diabaikan dan kita bersungguh2 menjaga hati yang lain. tanpa kita sedar benarkah kita menjaga hatinya. atau sbenarnya hati kita yang dijaga dan hati mereka yg terusik...

bila bercakap soal rasa....

bila bercakap soal sempurna...

bila bercakap soal hati....

tiada apa yang boleh saya cakapkan lagi.....

Saturday, April 10, 2010

bila cinta ditolak..

semua orang mesti akan rasa sedih. rasa menjeruk2 kat dalam hati kan, membawa ke usus dan stokin makanan sekali.

dalam hidup ni, aku pun pernah rasa cinta ditolak. kalaulah itu boleh dinamakan cinta kan.masa tu umur baru 17, 18 la.suke lak kat dak junior yang masih takut2 dengan senior.huh! tah pape.

tp kan walau aku kene reject pun takde la sampai aku tak nak berkawan dengan dia. takdelah terus aku berfikir buruk2, mengadu keluh esah pada kawan yang lain perihal si dia yang menolak. ala..kene reject je, bukan kene apa, tak leh nak dapat dia, aku tgk dari jauh sudah. [feeling2 cinta sejati lahir dari hati sangat]

tp yang aku hairan kan, pelik ni pada sesetengah org yang suka amik jalan perang bila direject. tak kisah lah secara direct atau indirect. ceritanya boleh lah diandaikan begini sahaja, katalah si monah suke kat si ayuthia [kelass nama], bermulalh titik perkenalan di ushar sebagai kawan katanya. tiket kan stendet la. kemudian si ayuthia menyambut salam perkenalam dengan inesennya menerima sebagai kawan-kawan saje sebab monah mmg bukan dalam list taste. hahaha! kemudian si monah ni dengan rendah hati konony akata mmg nak berkawan la, suke berkawan, tapi mengayat tak macam kawan, macam nak kawin. si ayuthia yang tak lah sekolah rendah sangat ni pun memahami lah gerak geri pintar tak berapa cerdas si monah ni yang ada hati padanya. boleh memilih utk mendelete monah ni terus, tapi sebab salam yang disambut telah disemat dalam hati sebagai kawan, maka si ayuthia ni tahnkan jela. menjaga hati. yang bagusnya si monah ni tau la hati ayuthia belum mampu dugugat. kemudian bagi ayat klise konon2 tak kan paksa, dan terima je.si ayuthia ni lak mmg senang berkawan dgn monah ni. monah ni lak in order to get ayuthia ttention, to get ayuthia heart haruslah dia akan melakukan apa saja termampu untuk memikat si ayuthia kan. tapi tak penah ada paksaan dari sesiapa pun. tapi, kemudian dah lama-lama...agaknya si monah ni da bosan dan bertemu dgn org lain. ah stendet la kan..kalo otak set2 lelaki ni mesti cakap je kaw-kaw. pastu jadiknya tak. ok tak kesah la kan. ayuthia tidak terjentik pe pun. suke ada.

cuma yang tak bestnya, kenapalah si monah ni mcm tak puas hati es direject oleh ayuhthia tu. bila mengadu pada kawan-kawan lain, umpama mcm ayuthia ni amik kesempatan ke atas beliau. pastu bila tahu perkembangan ayuthia digosip dgn sesapa rasa sentap umpama ayuthia memainkan perasaan dia selama ini.

panjang tul kisahnya. padahal aku nak cakap, kenapa kalau dah buat apa saja in order to win sumone heart pastu kene reject juga nak rasa mrah cam dipermainkan? padahal dulu kita buat sume tu tak pernah ada sapa suruh dan paksa, tak de juag dikeluarkan dalam mana-mana kitab edisi khas. ATAU...ADAKAH APA YANG DILAKUKAN SELAMA INI TAK PERNAH IKHLAS? huh bagi aku boleh la diandaikan sedemikian rupa. nampak no selam ani ko mmg guna tu sebagai taktik klise untuk mengayat je. sebab selama ni tak pernah fail. once u gagal rasa sentap sehingga membawa kepada perasaan tak puas hati dengan kegembiraan org lain. padahal ko bahagia selama ni ada aku kesahhhhhhhhh??


sentap!!!

Friday, April 9, 2010

penolakan, pengasingan, dan ancaman

tu yang saya ajar pada anak-anak murid saya.

untuk mewujudkan hubungan yang harmoni;
1- kita kene mendengar. jangan menolak. walaupun org itu melakukan kesalahan. sedang menyakitkan. sedang bersalah.

2- kita jangan mengasingkan dia. sebab, sudahlah dia berasa salah. di asingkan adalah hanya akan membangkitkan perasaan yang lebih teruk, cthnya murung, tidak diperlukan, memberontak dgn tanggapan tak pernah ada org peduli. tak de yg kisah. tu yg kekadang berlaku kes membunuh diri bg yg lemah, dan mendajal diri bg yang keras.

3- ancaman, memang sesuatu yg dilakukan oleh org yg ada masalah psikolgi. menghukum dengan sangatteruk secara mental. ancaman boleh dtg dalam pelbagai cara. cthnya dgn kata-kata , "saya tinggalkan awk" atau "hati saya dah beku dengan perbuatan awk" atau "awk bagus kan, awk tak perlu saya kan..jadi apa gunanya lagi kita bersamaa". tu adalah contoh ancaman. ancaman seperti ini akan menyebabkan org yg bersalah itu berasa tekanan. nak-nak dia dapat sekali dengan pakej dua diatas.

sebagai manusia, kita kene tahu, tidak ada apa yang sempurna di dunia ini. apa yang perlu kita buat adalah memberi peluang. sekurangnya mendengar. insyallah bila tiba kita yang melakukan kesilapan, akan ada telinga yang bersedia mendengar. melainkan kamu berasa sangat MULIA dan sangat pasti tidak bersalah pada org lain.

dalam hidup, semua orang yang bersama kita pasti ada kisah terdahulu sewaktu belum mengenali kita. sakit, pahit, duka, suka, ceria, atau apa sahaja yang bukan mudah2 untuk di hilangkan parutnya. sedangkan parut jatuh basikal 20 tahun yg lalu pun susah nak hilang, inikan pula parut luka dihatikan? hahah pe kene mngena??

senangnya, dalam hidup ni, kita jangan menghukum. kalau sakit sangat pun hati kita, jangan membuat keputusan untuk orang lain dengan tanggapan dia akan berbahagia dan itu yg terbaik. kita tak tahu apa dalam hatinya. ntah2 lebih berat dari kita.

atau

kalau sukar sangat, kita cerminlah dulu diri kita. alah, bukan susah sangat nak carik cermin saiz org asia dari atas sampai bawah kan? nak2 yg dengan ketinggian tidak melebihi 160cm. lainlah kau berjetinggian model [mcm aku] memang la susah nk carik cermin yg boleh nampak kau from head to toe. paling senang pun masuk lah dalam mana2 lift yg pakai cermin kat dalam.time tu amiklah kesempatan nak tgk diri. cermin baik buruk diri sebelum menyalahkan org lain bulat2.

eh panjangnya..

skian matapelajaran sivik hari ini

Thursday, April 8, 2010

butang merah

sepatutnya aku boleh klik je di butang merah yang ada pangkah tu. dan blah! tak suke blah je lah kan?..hahaha

tapi aku gedik je nak tgk. mcm org lain jugak kan?selalunya tak pernah ada siapa paksa utk lihat, utk dengar, malah untuk baca. tapi otak masih mahu tahu. hati masih mau tahu. kemudian..bila tak puas hati.terasa sakit. kemudian merasa tertipu. merasa marah. merasa terpaksa mungkin. merasa terasa juga barangkali.padahal dari awal lagi tidak ada sesiapa yg memaksa aku, atau kamu. atau kamu.kamu atau kamu pun utk melihat, mendengar apatah lagi merasa. kan? jadi jika merasa terpaksa itu yg dialami. kamu harus sambungkan laptop atau pc tu ke lcd, kemudia bila sudah terpampang kamu lindung kanta lcd tu dengan muka kamu. kemudian bila sudah ternampak butang merah pangkah tu di pantul diwajah kamu, kamu harus klik dan blah.

ooh..ooh... barangkali yang adik2 belum faham. atau yang otaknya sains juga kurang faham. tapi jika dia memilki otak melayu, dengan adab melayu dia akan faham. apatah lagi jika semua itu disokong dengan pemikiran yang dewasa, cergas dan cerdas. di beri bonus pula dengan usia yang cukup matang.

fikir-fikir dan selamat beramal!

Wednesday, April 7, 2010

setiap saraf dibadan..

masih terasa sakit.dihati masih terasa-rasa ngilunya. di otak masih terasa-rasa pedihnya. tapi nak buat macamana. sedatif yg disuntik dalam jiwa aku ni dah terover dos.mungkin.

jadi ibarat sang penagih yang terlebey sudah kandungan heroin di badan. atau syabu.atau kokain. atau apasahaja. sudah direndam dalam kolam air.dijirus.dikurung. dan dimasuk ke dalam rumah pengasih. bukan mudah nak lupakan semua tu.mungkin cam tu lah juga dgn apa yg disuntik dalam jiwa aku ni. terlebih dos mcm harimau kene pelali sampai terlena. cam tu la. nak menghilangakn kesan sedatif kat jiwa, kat hati tu agak sukar. erm..mungkin lebih tepat kalau aku kata nak hilangkan ketagihan tu mudah. tapi nak hilangkan ingatan pada syoknye ketagihan tu mungkin payah.atau mungkin TIDAK!

mungkin kena minum air penawar kot.

atau mungkin bila minum air penawar, aku akan bagun dan berkata "aku kat mana ni?aku kenapa?" tanpa perlu ingat sebarang apa.

perasaan yang tidak lama

ok yang ni memang tiada sebarang unsur.sekadar menulis dari pengalaman.

saya tidak tahu la org lain.tp saya pernah 'bercinta' dengan lelaki. tu pun kalau lah boleh dinamakan cinta. dalam acara menafikan kononnya perasaan tu ada pada gender yg sma dengan saya, maka saya pun pernah la terbercinta dengan lelaki.dulu2. adalah beberapa org juga.

at first memang la perasaan mcm ada sedikit bunga-bunga. masa tu rajin la juga saya layankan sms ke, ym ke call ke...masa tu nampaklah kalau sedang ym saya akan tersengeh2 dengan jenaka [bodo], lawak [tak kelakar], usikan [lucah] mereka2.

kemudian perasan tu akan mati disitu sahaja lah.tidak berkembang mekar ke tahap seterusnya.mula2 igtkan sebab sy tak jaidk nak suke kat lelaki tu.lama2 saya nampak, yg sebenarnya perasaan sy pd lelaki adalah tidak lama. perasaan suke2 tu sebentar sahaja...


ah camana nak ada anak dari perut sendiri ni????sentap!!!!!

Tuesday, April 6, 2010

nak makan laksa tapi tutup jadi saya berkawan dengan makcik...

yang jual sosej besar2 tu. sosej ye.sunggoh!memang sosej.betul ni.


kalau di selatan..rasanya tak pernah jumpa lagi org jual sosej bakar yg besar2 gabak dan pelbagai perasa tu. tapi kalau biasa dengan perlis mesti tahu kat mana nak carik tu semua.

oleh itu, saya merembat 3 batang sosej, dan topap dengan megi goreng seafood buatan tangan sendiri.

hurm..

alamat berat yang pergi sebanyak 5 kilo tu akan kembali dua kali ganda kot.

rasain!!! [ala dr rozmey kan ado]

kalau bau-bau tu dapat dimiliki sepanjang usia

berangan!

masakan boleh bau biskut buatan tangan student cikgu di makmal sebelah yg sedap menusuk hidung tu mampu aku milki seumur hidup?

kamu ada oven?ada!
ada tangan? ada!
tahu buat sendiri? ya!

jadi kenapa tak buat sendiri sahaja kan?


tetapi, alasan standard seorang manusia..
kan kalau yg orang buatkan tu lebih sedap dari tangan sendiri?

atau sbnrnya..MALAS!

that was mine...n wht's urs??

hati jadik berkeping-keping.perasaan jadi ketul-ketul. fikiran jadik biru biru...

soalannya...aku dah gila ke?

dan jawapannya..itu yg aku rasa...

danbagaimana dengan kamu??

Monday, April 5, 2010

bukan bohong

bukan untuk sesiapa.untuk aku.tentang aku. yang bukan bohong.yg bukan reka. yang datang dari hati. yang diproses oleh minda.dan..








nanti..