Thursday, April 8, 2010

butang merah

sepatutnya aku boleh klik je di butang merah yang ada pangkah tu. dan blah! tak suke blah je lah kan?..hahaha

tapi aku gedik je nak tgk. mcm org lain jugak kan?selalunya tak pernah ada siapa paksa utk lihat, utk dengar, malah untuk baca. tapi otak masih mahu tahu. hati masih mau tahu. kemudian..bila tak puas hati.terasa sakit. kemudian merasa tertipu. merasa marah. merasa terpaksa mungkin. merasa terasa juga barangkali.padahal dari awal lagi tidak ada sesiapa yg memaksa aku, atau kamu. atau kamu.kamu atau kamu pun utk melihat, mendengar apatah lagi merasa. kan? jadi jika merasa terpaksa itu yg dialami. kamu harus sambungkan laptop atau pc tu ke lcd, kemudia bila sudah terpampang kamu lindung kanta lcd tu dengan muka kamu. kemudian bila sudah ternampak butang merah pangkah tu di pantul diwajah kamu, kamu harus klik dan blah.

ooh..ooh... barangkali yang adik2 belum faham. atau yang otaknya sains juga kurang faham. tapi jika dia memilki otak melayu, dengan adab melayu dia akan faham. apatah lagi jika semua itu disokong dengan pemikiran yang dewasa, cergas dan cerdas. di beri bonus pula dengan usia yang cukup matang.

fikir-fikir dan selamat beramal!

No comments: