Wednesday, September 29, 2010

bangunkan aku dari

.....tidur panjangku, sedarkan aku dari mimpi tentang mu

.....ku salah bila ku berharap padamu


asyik mengharapkan mimpi yang indah2,

sampai aku menafikan bahawa terlalu tinggi aku berharap pada kamu

berharap kamu memahami aku.

dan untuk itu..

aku salah.

...................................

aku sedar aku belum cukup dewasa

belum cukup berani untuk menerima

realiti.kenyataan.[eh bukan sama ke?whatever]

aku selalu takut.takut itu, ini, takut hilang kamu, takut tidur sendiri, takut mati, takut esok, takut nyamuk, takut lipas, takut marah,takut sakitkan hati org...byk yg aku takut.

aku selalu lari, bukan berlari2 anak atau berlari di taman. tapi aku lari.lari dari kenyataan.lari dari memikirkan ttg esok, tentang kenyataan.

pura2 tak ingat.tak nak fikir.sebab takut.takut nak tahu ending.

ya!aku mmg pengecut! dan kamu sila ketawakan aku.

Friday, September 17, 2010

ntah

ada yg berat.

saat kamu dtg ada yg pergi.

tapi ada juga yg datang.

ia ringan.

tapi juga berat.

ntahla....saya pon tak paham.tak paham la.

tak nak paham.

terus sy ternangis.

nasib baik mascara ni water proof.phewww!!!!

Wednesday, September 15, 2010

kamu mesti tahu rasanya



ia sudah lama.

tapi saya rasa seperti baru semalam.

saya lihat dia.memegang dia.menatap dia.merasa hembusan nafasnya.melihat kewajah nya.

tapi sebenarnya dah lama.

saya hilang dia.tidak merasakan lagi hangat nafas dia.degup jantung dia.semua dah tak saya dengar.

segalanya buat dia masih ada.tapi sudah beku tersekat sekadar dihati.kasih syg yg terpancar dr mata saya juga sudah beku.tersekat.dan mata saya sudah tidak bercahaya lagi seperti dahulu. senyum saya juga sudah tidak seindah dulu.tidak seikhlas dulu. bicara saya juga sudah dingin seperti air batu.tidak mesra dahulu.

saya nampak dia.tp tidak dapat memegangnya seperti dulu.merasakan kasih syg dia seperti dulu.

dan......

kini

saya sendiri

dgn rela hati melepas kan dia pergi.berharap dia pergi.dan berbahagia.cukup sudah.saya tidak mampu lagi menanggung derita.ia sangat sakit.sangat derita. saya tak mampu nak gambarkan.

tapi saya pasti kamu tahukan rasanya...

kamu pernah kan rasanya.....

begitu juga saya.saya juga punya hati.

titik


ps:pda hari ini tiada entri kelakar.skian

Thursday, September 2, 2010

tentangku yg tak mampu menaklukkan waktu

kalau lah

sudah tentu saya saya akan tuliskan nama kamu banyak2

dalam diari saya

dalam hati saya [eh mmg da tulis]

supaya setiap hari..

nama kamu tidak putus2 utk dijadikan salah satu agenda utk dibahagiakan setiap hari.

supaya setiap waktu nama kamu tetap ada

cuma kamu

hanya kamu.

.
.
.
.
.
eh saya berjiwa-jiwa ni

kagum dgn diri saya sendiri.

tapi nak jugak kata

setiap hari pun

saya sentiasa memikirkan kamu

memikirkan apalagi yg boleh saya lakukan supaya dapat bahagiakan kamu

supaya kamu dapat merasa istimewanya kamu dihati saya

tapi


ah mmg dasar pemalas sy ni nk tjuk yg saya syg sgt pada kamu.

sekian wabilahitaufik walhidayat,wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh