Friday, April 9, 2010

penolakan, pengasingan, dan ancaman

tu yang saya ajar pada anak-anak murid saya.

untuk mewujudkan hubungan yang harmoni;
1- kita kene mendengar. jangan menolak. walaupun org itu melakukan kesalahan. sedang menyakitkan. sedang bersalah.

2- kita jangan mengasingkan dia. sebab, sudahlah dia berasa salah. di asingkan adalah hanya akan membangkitkan perasaan yang lebih teruk, cthnya murung, tidak diperlukan, memberontak dgn tanggapan tak pernah ada org peduli. tak de yg kisah. tu yg kekadang berlaku kes membunuh diri bg yg lemah, dan mendajal diri bg yang keras.

3- ancaman, memang sesuatu yg dilakukan oleh org yg ada masalah psikolgi. menghukum dengan sangatteruk secara mental. ancaman boleh dtg dalam pelbagai cara. cthnya dgn kata-kata , "saya tinggalkan awk" atau "hati saya dah beku dengan perbuatan awk" atau "awk bagus kan, awk tak perlu saya kan..jadi apa gunanya lagi kita bersamaa". tu adalah contoh ancaman. ancaman seperti ini akan menyebabkan org yg bersalah itu berasa tekanan. nak-nak dia dapat sekali dengan pakej dua diatas.

sebagai manusia, kita kene tahu, tidak ada apa yang sempurna di dunia ini. apa yang perlu kita buat adalah memberi peluang. sekurangnya mendengar. insyallah bila tiba kita yang melakukan kesilapan, akan ada telinga yang bersedia mendengar. melainkan kamu berasa sangat MULIA dan sangat pasti tidak bersalah pada org lain.

dalam hidup, semua orang yang bersama kita pasti ada kisah terdahulu sewaktu belum mengenali kita. sakit, pahit, duka, suka, ceria, atau apa sahaja yang bukan mudah2 untuk di hilangkan parutnya. sedangkan parut jatuh basikal 20 tahun yg lalu pun susah nak hilang, inikan pula parut luka dihatikan? hahah pe kene mngena??

senangnya, dalam hidup ni, kita jangan menghukum. kalau sakit sangat pun hati kita, jangan membuat keputusan untuk orang lain dengan tanggapan dia akan berbahagia dan itu yg terbaik. kita tak tahu apa dalam hatinya. ntah2 lebih berat dari kita.

atau

kalau sukar sangat, kita cerminlah dulu diri kita. alah, bukan susah sangat nak carik cermin saiz org asia dari atas sampai bawah kan? nak2 yg dengan ketinggian tidak melebihi 160cm. lainlah kau berjetinggian model [mcm aku] memang la susah nk carik cermin yg boleh nampak kau from head to toe. paling senang pun masuk lah dalam mana2 lift yg pakai cermin kat dalam.time tu amiklah kesempatan nak tgk diri. cermin baik buruk diri sebelum menyalahkan org lain bulat2.

eh panjangnya..

skian matapelajaran sivik hari ini

No comments: