Saturday, April 10, 2010

bila cinta ditolak..

semua orang mesti akan rasa sedih. rasa menjeruk2 kat dalam hati kan, membawa ke usus dan stokin makanan sekali.

dalam hidup ni, aku pun pernah rasa cinta ditolak. kalaulah itu boleh dinamakan cinta kan.masa tu umur baru 17, 18 la.suke lak kat dak junior yang masih takut2 dengan senior.huh! tah pape.

tp kan walau aku kene reject pun takde la sampai aku tak nak berkawan dengan dia. takdelah terus aku berfikir buruk2, mengadu keluh esah pada kawan yang lain perihal si dia yang menolak. ala..kene reject je, bukan kene apa, tak leh nak dapat dia, aku tgk dari jauh sudah. [feeling2 cinta sejati lahir dari hati sangat]

tp yang aku hairan kan, pelik ni pada sesetengah org yang suka amik jalan perang bila direject. tak kisah lah secara direct atau indirect. ceritanya boleh lah diandaikan begini sahaja, katalah si monah suke kat si ayuthia [kelass nama], bermulalh titik perkenalan di ushar sebagai kawan katanya. tiket kan stendet la. kemudian si ayuthia menyambut salam perkenalam dengan inesennya menerima sebagai kawan-kawan saje sebab monah mmg bukan dalam list taste. hahaha! kemudian si monah ni dengan rendah hati konony akata mmg nak berkawan la, suke berkawan, tapi mengayat tak macam kawan, macam nak kawin. si ayuthia yang tak lah sekolah rendah sangat ni pun memahami lah gerak geri pintar tak berapa cerdas si monah ni yang ada hati padanya. boleh memilih utk mendelete monah ni terus, tapi sebab salam yang disambut telah disemat dalam hati sebagai kawan, maka si ayuthia ni tahnkan jela. menjaga hati. yang bagusnya si monah ni tau la hati ayuthia belum mampu dugugat. kemudian bagi ayat klise konon2 tak kan paksa, dan terima je.si ayuthia ni lak mmg senang berkawan dgn monah ni. monah ni lak in order to get ayuthia ttention, to get ayuthia heart haruslah dia akan melakukan apa saja termampu untuk memikat si ayuthia kan. tapi tak penah ada paksaan dari sesiapa pun. tapi, kemudian dah lama-lama...agaknya si monah ni da bosan dan bertemu dgn org lain. ah stendet la kan..kalo otak set2 lelaki ni mesti cakap je kaw-kaw. pastu jadiknya tak. ok tak kesah la kan. ayuthia tidak terjentik pe pun. suke ada.

cuma yang tak bestnya, kenapalah si monah ni mcm tak puas hati es direject oleh ayuhthia tu. bila mengadu pada kawan-kawan lain, umpama mcm ayuthia ni amik kesempatan ke atas beliau. pastu bila tahu perkembangan ayuthia digosip dgn sesapa rasa sentap umpama ayuthia memainkan perasaan dia selama ini.

panjang tul kisahnya. padahal aku nak cakap, kenapa kalau dah buat apa saja in order to win sumone heart pastu kene reject juga nak rasa mrah cam dipermainkan? padahal dulu kita buat sume tu tak pernah ada sapa suruh dan paksa, tak de juag dikeluarkan dalam mana-mana kitab edisi khas. ATAU...ADAKAH APA YANG DILAKUKAN SELAMA INI TAK PERNAH IKHLAS? huh bagi aku boleh la diandaikan sedemikian rupa. nampak no selam ani ko mmg guna tu sebagai taktik klise untuk mengayat je. sebab selama ni tak pernah fail. once u gagal rasa sentap sehingga membawa kepada perasaan tak puas hati dengan kegembiraan org lain. padahal ko bahagia selama ni ada aku kesahhhhhhhhh??


sentap!!!

No comments: